Video adegan ranjang pelakon TV merebak di Internet.



TERSEBAR DENGAN CEPAT: Video mengenai pelakon Suria kini hangat dimuat turun dan dibincangkan di pelbagai laman sosial Internet. — Foto TAUFIK A. KADER

6 Feb 2010

SINGAPURA

Video adegan ranjang pelakon TV merebak di Internet

Nama aktres jadi bahan carian paling tinggi dan dibual hangat

Oleh
Azahar Mohd

SEJURUS selepas video skandal seks seorang bekas pramugari dan pelakon televisyen terbongkar di rangkaian sosial Facebook, video itu telah pun merebak bak api yang tidak terkawal.

Malah, nama pelakon itu, yang berusia dalam lingkungan 20-an tahun, merupakan antara carian paling tinggi di beberapa laman enjin pencari di Singapura dan menjadi perbualan hangat sama ada di blog atau pelbagai rangkaian sosial, seperti Twitter dan Facebook.

Akibat pendedahan memalukan itu, pelakon tersebut, yang dikatakan sedang mengandung, dipercayai sedang bersembunyi.

Video itu, antara lain, menunjukkan adegan ranjang pelakon wanita itu, yang pernah menjadi juara pertandingan Anugerah anjuran saluran Suria lebih 10 tahun lalu.

Adegan tersebut dikatakan dilakukan dengan teman lelakinya.

Kedua-duanya melakukan hubungan seks oral dan rakaman video seks itu berjalan selama lebih empat minit.

Sebelum ini, seorang lagi aktres sambilan, Rosita Hussin, 35 tahun, menafikan beliau memuat turun penghubung atau link di Facebook kepada tapak perkongsian media, Multiply, yang mengandungi video itu.

Video itu kemudian telah disalin dan dimuat turun di beberapa tapak lucah di Eropah, seperti redtube dan turut dibincangkan dengan meluas di beberapa laman sosial seperti Hardwarezone, My Car Forum dan Sammyboy.

Cik Rosita mendakwa beliau tidak memeriksa akaun Facebooknya sejak tiga minggu lalu kerana beliau sedang mengandung tujuh bulan dan sibuk melayan dua lagi anaknya.

Beliau mendakwa seseorang telah menceroboh akaun Facebooknya dan menggunakannya untuk menghubungkannya kepada video seks wanita itu kepada ‘beratus-ratus’ rakannya di Facebook.

Namun, penghubung di Multiply itu telah pun dihentikan dan akaun itu yang dibuka Selasa lalu telah dibatalkan pada Rabu lalu.

Cik Rosita mempunyai lebih 1,000 rakan di akaun Facebooknya, yang kebanyakannya merupakan rakan artis, golongan media, model dan deejay.

Beliau berkata, beliau tidak tahu siapa yang mencerobohi akaunnya.

Seorang konsultan teknologi maklumat, Encik Muhammad Ridzwan Rahmat, 31 tahun, berkata kata laluan seorang pengguna boleh dicuri sekiranya pengguna itu menerima e-mel palsu kononnya daripada Facebook menerusi kaedah phishing.

‘Setelah memperolehi kata laluan itu, pengguna yang lain kemudian boleh menceroboh laman Facebook. Selain itu, teknologi di Facebook agak teguh,’ ujarnya.

Menurut Encik Ridzwan, di bawah Akta Penerbitan Tidak Diingini (UPA), adalah satu kesalahan untuk sesiapa menyimpan bahan lucah dalam komputer atau menghantarnya melalui e-mel atau sistem perkongsian fail.

Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda sehingga $10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

http://cyberita.asia1.com.sg


7 thoughts on “Video adegan ranjang pelakon TV merebak di Internet.

      • ChicharitoFan казва:Brato qvno mnogo si se izplashil, zoatva i az kato po-predniq komentar ti predlagam da otide6 da ti leqt kurshum i to nqkolko puti otidi!!! Li4no az sum se plashil mnogo puti, kato maluk i ot tova vinagi se opravqm kato sam hodil. (y)

  1. Mereka telah melakukan perbuatan yg dosanya amat besar dan berat….
    tetapi orang yg menghantar video ini lagi buruk dan terkutuk dan dosanya hanya Allah saja yg dapat membalasnya….mengaibkan orang lain….Orang yang menghantar video ini lebih hina dan jijik….
    Saya harap orang ini dapat di berkas dan diberi hukuman yang amat berat…

    Bagi pasangan itu, baliklah kepangkuan keluarga masing2 dan memohon maaf yang benar2 atas perbuatan mereka.

  2. aduh……..
    macam2 dah berlaku sekarang nie…..
    maybe dunia kita nie dah tua dan dah nak sampai ke penghujung kot sebab tanda2 kecil nak kiamat dah banyak berlaku……

  3. SEJURUS selepas video skandal seks seorang bekas pramugari dan pelakon televisyen terbongkar di rangkaian sosial Facebook, video itu telah pun merebak bak api yang tidak terkawal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>