Dengarnya…: Rosyam Nor Pilih Kasih Pula!





Rosyam Nor

CIK Normah tabik dengan kesungguhan aktor berwibawa, Rosyam Nor yang begitu komited untuk membangunkan industri lakonan. Ketika hanya stesen televisyen berani menyediakan peruntukan besar untuk menerbitkan program realiti, Rosyam pula menyahut cabaran dengan memperkenalkan Pilih Kasih.

Program yang bakal disiarkan TV2 itu akan mencungkil bakat baru dunia lakonan, di mana 20 peserta terpilih bakal membintangi dua drama pendek arahan Along Kamaludin dan Amy Maziah.

Mereka juga akan menerima pendedahan membintangi pementasan muzikal arahan Eirma Fatima, sebelum lima terbaik dipilih untuk membintangi filem terbaru arahan Bade, Kekasih.

Cabaran itu diambil kerana Rosyam melihat industri drama dan filem tempatan sedang pesat berkembang, malangnya kita ketandusan bakat baru untuk diperkenalkan kepada khalayak.

Balik-balik wajah yang sama hingga menimbulkan rungutan penonton. Rosyam ingin usaha itu akan melahirkan lebih ramai pelapis menggantikan pelakon sedia ada malah meneruskan lagi kegemilangan era perfileman Melayu.

Daripada apa yang Cik Normah tahu, lapan lokasi sudah dikenal pasti untuk peserta mengetengahkan bakat mereka iaitu Jaya Jusco Bukit Indah, Taman Perling, Johor Bahru (11 April), Seremban (12 April), KB Mall, Kota Bharu (18 April), Berjaya Megamall Kuantan (19 April).

Uji bakat juga diadakan di One Borneo, Kota Kinabalu (25 dan 26 April), Queensbay Mall, Pulau Pinang (2 Mei), Plaza Alam Sentral, Shah Alam (3 Mei) dan The Spring, Kuching (9 dan 10 Mei).

Sidang media mengenai program itu akan diadakan pada 1 April ini untuk memperjelaskan konsep dan perjalanan keseluruhan rancangan realiti itu.

Cik Normah puji kerana Rosyam berani menggalas cabaran besar ini biarpun program ini lahir ketika dunia berdepan kegawatan ekonomi. Dengan adanya insan seperti Rosyam, Cik Normah berharap jejak langkahnya akan diikuti sekali gus mempersiapkan penggiat seni tempatan untuk menempuh era baru industri hiburan.

Cik Normah sendiri sudah jemu dan jelak mendengar serta membaca cerita kosong yang tidak membantu industri. Cara mereka seolah industri hiburan ini terlalu busuk dan dipenuhi orang yang tidak berwawasan sedangkan masih ramai lagi yang serius untuk mengangkat maruah serta martabat dunia seni. Fikirlah!!!

Berita Harian


12 thoughts on “Dengarnya…: Rosyam Nor Pilih Kasih Pula!

  1. alhamdulillah, akhirnya ada gak program realiti untuk cari pelakon. Saat yang saya tunggu2 =D.

    saya selalu tengok program realiti cari pelakon di negara jiran kita (singapura) dalam rancangan Anugerah Skrin. Sampai saya fikir bila Malaysia nak ada program macam ni? Ada di antara pelakon daripada Anugerah Skrin ini sudah mula berlakon dalam filem dan cerita di Malaysia.

    Saya sonok sangat bila akhirnya negara saya sendiri bakal ada program ini =D tahniah rosyam nor! leh saya tengok bakat2 baru dalam lakonan =D Chaiyok!!

  2. plz,,,saper2 yag tau kena bawa per nk g uji bakat nant..gambar ker,resume ker,
    satu lagi, skrip disediakan ker? heheehh…xsabar nk g shah alam nant

  3. Hai, sy tertarik dengan salah seorang peserta pilih kasih di kota baru Mall yang pakai kopiah dan bawa watak hang tuah. Ada info?

  4. Mcm ustaz akil hayy sbb rambut panjang. Sayapun ada lihat ustaz tu dlm rtm sabtu minggu lepas tapi nampak mcm muda lagi orgnye.

  5. wow!mari la kte same2 memeriahkan suasana nnt di s.alam…dpt x dpt…i2 blakang cite..yg penting try n do d besh…rezeki manusia siapa yg tahu…selain yg di ats..

  6. hah baru hari ni dpt luahkan perasaan hampa ni…tp sebelum tu sy nk bagitau sume org yg program pilih kasih ni mmg best, sape yg tak pegi uji bkt mmg rugi ar…baru ni buat kat 1borneo sabah, tp sy melepas.. tk dpt nak daftar pun. nilah ni nak kongsi cite ni. hari sabtu aritu sy msk pertandingan karaoke pastu terpilih ke final. bila dah layak, kena nyanyi esk harinya. hari tu sy dpt no.3… pas amik hadiah je trs gerak ke kk sbb nak msk uji bkt PILIH KASIH lak, tp malangnye pendaftaran dah di ttp…jauh sy jln dr beaufort ke kk, punye la hampa sy abg rosyam, sbb sy ada lagu ciptaan sy sendiri. kalau di srh nyanyi sy nak nyanyi lagu tu, huhu…sy ada terbaca yg program ni cari yg boleh nyanyi jgk.. skang dah wat kat semenanjung tak dpt la den nak nolong, duit takde nak terobang. ok la abg Rosyam semoga program ni berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>