20,000 Tetamu Hadir Persandingan Mawi-Ekin



Oleh AZIMI MUSTAPHA
azimi.mustapha@kosmo.com.my


ORANG ramai tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Mawi dan isterinya, Ekin pada majlis persandingan mereka
di Padang Awam Felda Taib Andak, Kulai semalam.

MACAM ANAK RAJA JAWA… Mawi dan Ekin begitu angun dengan pakaian pengantin ala Jawa.

KULAI – Majlis persandingan pengantin popular Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi dengan Ekin yang diadakan di Felda Taib Andak di sini semalam mendapat perhatian ramai dengan dihadiri kira-kira 20,000 tetamu.

Orang ramai yang datang dari jauh dan dekat berpusu-pusu ke Padang Awam Felda Taib Andak di sini untuk melihat dengan lebih dekat persandingan artis pujaan mereka.

Pasangan pengantin tiba dengan menaiki helikopter yang mendarat di padang Sekolah Kebangsaan Sri Bahagia di Felda tersebut kira-kira pukul 1.30 petang.

Mereka kemudian diiringi dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi dan beberapa kereta antik ke padang awam tersebut.

Program yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Prima itu dikendalikan oleh pengacara Zizan dan Johan.

Mawi dan Ekin kelihatan anggun dengan memakai baju pengantin berwarna kelabu berkonsepkan ala Jawa.

Kosmo


One thought on “20,000 Tetamu Hadir Persandingan Mawi-Ekin

  1. Yon, nama Pengarah Eksekutip Artcreative tu bukan Salahuddin, instead, nama dia Saluddin.. Salahuddin Al-Ayubi tu srdeaa dia, tapi bergerak dalam bidang satu lagi .. Syabas Yon, kau dah jadik antara yang best.. Setakat otai “M” tu, kao kuis jer pakai jari kelingking..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>